Resepi Buatan Sendiri Sos Pizza Menggunakan Buah Tomato
Rupa-rupanya memang sedap kalau buat sendiri sos pizza menggunakan bahan-bahan segar. Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya memasak sos pizza sendiri. Cuma jadi malas apabila mengingatkan kulit buah tomato itu perlu dikupas dan dibuang terlebih dahulu sebelum dipotong dadu.
Kalau nak mudah, memang jalan penyelesaiannya adalah dengan menggunakan sos di dalam tin sahaja. Hendak melawan rasa malas ini sungguhlah perkara yang memerlukan kekuatan daya dalaman. Alhamdulillah a'la kulli hal. Selepas siap memasak dan menyajikan hasil masakan kepada ahli keluarga. Satu perasaan gembira dan puas hati itu sukar digambarkan.
Kepada semua para isteri dan ibu di luar sana yang sedang membaca blog saya ini. Ingatlah bahawa segala tugas yang kita buat untuk membahagiakan anak-anak dan suami adalah sutu pekerjaan yang mulia di sisi ALLAH SWT. Usaha memasak ditambah lagi dengan rasa kasih sayang dengan memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang baik, juga dikira sebagai pahala.
Kalau diikut resepi yang sebenar, tomato yang diperlukan adalah sebanyak 600 gram. Tetapi, saya hanya menggunakan empat- lima biji buah tomato yang bersaiz sederhana yang dibeli di pasar raya HERO berdekatan rumah. Resepi asal ini juga adalah diambil dari mesin memasak TOKIT. Pada pendapat saya, kalau nak masak manual guna dapur gas pun boleh dan tiada sebarang masalah.
Jom saya kongsikan resepi nya ya!
Bahan-bahan :
4 - 5 biji buah tomato size sederhana
1/2 buji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 sk lada hitam ( lebihkan kalau suka pedas)
3 sk kecil herba campuran ( mix herbs )
5 sb minyak zaitun
garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
1) Buah tomato dan bawang Holland didadu manakala, bawang putih dihiris halus.
2) Panaskan minyak zaitun dan selepas itu, tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga kekuningan.
3) Masukkan buah tomato yang sudah didadu.
4) Perasakan dengan lada hitam, herba campuran, garam dan gula
5) Masak dengan api sederhana lebih kurang 20 minit
6) Sejukkan terlebih dahulu menjadi suhu bilik atau sedikit suam sebelum boleh disapu ke atas permukaan pizza.
![]() |
| Pizza yang direhatkan dalam 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam oven |
![]() |
| Rupa pizza selepas siap dibakar pada suhu 180 degree selsius selama 25 minit menggunakan api atas bawah. |







0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.