Pengalaman Pertukaran Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Dewasa
By NanyFadhly Sunday, August 09, 2026 Hannah
Di bawah Akta Umur Dewasa 1971, individu di Malaysia yang berusia 18 tahun dianggap sebagai dewasa. Ini membolehkan mereka menandatangani kontrak sah, mengundi dan bertanggungjawab penuh atas tindakan undang-undang. Walau bagaimanapun, takrifan kanak-kanak/dewasa mungkin berbeza dalam kes tertentu.
Apabila Hannah sudah dikategorikan sebagai dewasa seperti tafsiran di atas, pelbagai urusan yang berkait dengan simpanan /bank perlu diselesaikan. Apatah lagi sekarang semuanya menggunakan sistem dan aplikasi.
Bagi memastikan anak-anak mempunyai tabung simpanan yang mencukupi, kami telah mengadakan beberapa instrumen pelaburan buat mereka. Antara instrumen tersebut adalah :
1) Tabung Haji
2) Etiqa Takaful Sarjana ( pendidikan )
3) SSPN
4) Tabung Emas GAP
5) ASB
6) KWSP - Masih dalam perancangan
Entri penulisan saya pada kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana proses untuk pertukaran akaun Tabung Haji kanak-kanak ke dewasa.
Imbas kembali, saya telah membuka akaun Tabung Haji anak-anak sekitar tahun 2011 dan sudah juga mendaftakan Haji buat mereka. Untuk anak pertama yang sudah mencecah usia 18 tahun, adalah digalakkan untuk menukarkan status mereka menjadi akaun dewasa.
Beberapa borang penting perlu diisi dan diturunkan tanda tangan oleh pemegang akaun. Antaranya adalah borang penama - anak tersebut perlu meletakkan nama ahli keluarga terdekat sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Memang sebenarnya, anak perlukan bimbingan kita sebagai ibu-bapa dalam hal ini. Maklumlah, mereka baharu sahaja memasuki alam dewasa dan banyak yang perlu dipelajari.
![]() |
| Perkara perincian yang terkandung di atas lampiran dan perlu dipersetujui |
![]() |
| Isi borang |
InshaALLAH, selepas ini Hannah akan menyambung pelajarannya di UiTM, Bertam Pulau Pinang bermula bulan September yang akan datang. Mohon doakan semua pembaca setia di laman blog ini mendoakan agar Hannah dipermudahkan urusan dan mampu menjalani kehidupan sebagai pelajar di universiti kelak.



